Ini pula cerita tentang pengalaman Kak Nor Kassim sepanjang kehamilannya di pertengahan tahun 1980an. Ianya berlaku di rumah lamanya. Kak Nor sering diganggu oleh bayangan di siang hari dan juga di malam hari. Pernah suatu di waktu siang, kak Nor sedang lenakan mata setelah penat menguruskan rumahtangga, tetiba akak terasa ada org naik ke atas katilnya kemudian melangkahi badan Kak Nor beberapa kali, kemudian hilang.
Pada malamnya pula, ketika sedang tidur, antara lena dan jaga Kak Nor mendengar ada org membuka dan menutup pintu bilik. Sekilas itu ‘benda’ itu duduk di tepi Kak Nor. Seketika kemudian, dia telah naik ke atas badan Kak Nor pula. Sungguh berat dan payah untuk Kak Nor bernafas. Sepanjang tu, Kak Nor membaca surah-surah yang Kak Nor tau, dengan harapan dia akan hilang, tapi semakin kuat dia menindih Kak Nor.
Dengan perasaan takut Kak Nor menjerit memanggil ‘makkkkk’ (masa tu mak Kak Nor masih ada) dan benda tu hilang. Dua kali Kak Nor mendapat gangguan sebegitu, dan dua kali Kak Nor keguguran. Masa tu Kak Nor tak ingat apa-apa, Kak Nor ingat mungkin Kak Nor stress, kerana masa tu Kak Nor masih bekerja. Sementara pula doktor pula mengesahkan rahim Kak Nor tak kuat…Tapi sedara mara mengatakan mungkin ada gangguan dari luar, dan menyuruh Kak Nor berjumpa pakar.
Kami jumpa ‘pakar’, dan’ pakar’ mengatakan ada org yang menghantar, kerana tak mau kami ada zuriat. Menurut kata ‘pakar’ tu lagi, yang menghantar pun bukan org jauh, saudara terdekat. Dia tak beritau dan Kak Nor pun tak bertanya. Pakar tu ada memberi Kak Nor kemenyan dan menyuruh Kak Nor mengasapkan rumah setiap malam Jumaat selepas maghrib.
Demi Allah masa tu Kak Nor tak tau yang asap tu adalah makanan jin, Kak Nor buat apa yg disuruh. Sejak tu tak ada gangguan, walaupun ketika itu Kak Nor sedang hamil kali ketiga. Hinggalah ke suatu malam, ketika kandungan Kak Nor berusia 3 bulan lebih…. Seperti biasa Kak Nor akan meraba-raba perut dan mencari degup jantung janin sebelum tidur. Malamnya Kak Nor bermimpi, Kak Nor didatangi seorang perempuan tua. Dia membidani Kak Nor, sambil mendukung bayi Kak Nor, dia berkata ‘jangan bimbang, anaknya anak perempuan’ dan dia terus menghilang.
Kak Nor tersedar dan terus meraba-raba perut… tiada degupan jantung, perut Kak Nor terasa kosong. Terdapat pendarahan sedikit. Esoknya akak ke doktor pakar, setelah dibuat ujian air kencing dan scan, doktor mengatakan tiada janin dalam rahim, kosong… Ya Allah! Satu lagi ujian diberikan pada Kak Nor.
Kak Nor sedih teramat. Insiden yang ketiga ni Kak Nor ceritakan pada adik ipar lelaki Kak Nor, dia ada sedikit kepandaian tentang bidang ini dan dia juga boleh melihat makhluk-makhluk ini. Dia marah Kak Nor sebab asapkan rumah, dan dia beritau Kak Nor ‘benda’ tu tak ada kat dalam rumah, sebaliknya ‘benda’ tu bertunggu tangga kat depan pintu dan tangga rumah Kak Nor.
Dengan bantuan adik ipar dan dengan izin Allah, rumah Kak Nor dibersihkan sekali lagi. Alhamdulillah, setelah mengalami tiga kali keguguran, akhirnya pada tahun 1991 Kak Nor dikurniakan seorang anak perempuan, kemudian selang 2 tahun kemudian, seorang lagi puteri dikurniakan pada Kak Nor. Begitulah cerita dari ahli kita Kak Nor Kassim.
Terimakaseh Kak Nor kerana kongsi cerita bersama kami...